Assalamualaikum..
sebenarnye..aku malas nak menaip blog aku nih.. bukan nye ape.. tapi tak tau nak tulih ape..
tapi tuk nak tengok aku nye blog nie berisi,so..aku kutiplah lawak2 jenaka2 tuk aku pastekan kat sini....
bleh gak korang2 isi masa lapang baca lawak dalam ni..hehehhe
Disenjakala begini Teringat kembali Teman-teman lama dahulu Yang pernah sama mengharungi Pahit dan manis dirasa Sehati sejiwa Tak mungkin ku lupakan segala Saat suka dan duka Susah dan senang kita bersama Rentasi rintangan yang ada Tiada sempadan yang memisahkan Kasih sesama kita walau badai tiba Seribu impian pernah pun kita bina Demi masa depan... Tenggelam jauh dalam khayalan Di buai alam mimpi Kenangan lalu menjelma Teringat kembali Di ketika bergurau senda Mesranya kita bersama Seribu impian indah menghias jiwa Bagaikan permata... Setinggi langit biru, mimpi kita Abadi selamanya... tima kasih wahai semua sahabatku...koranglah sahabat dunia akhirat aku.... i love u all so much....
-adios-
TAK TERKENAL
Habsah menghadiri sebuah Parti Harijadi yang terdiri dari orang2 terkenal disebuah Hotel.
Ketika hendak hendak pulang... dia dihampiri oleh penjaga tempat parking...
"Mari, cik adik... boleh saya teman kan ke kereta.."
Habsah hairan macamana penjaga parking mengenalinya... apabila hampir ke keretanya.. penjaga parking berkata..
"Itu kereta cik adik..." sambil menunjuk kearah kereta Habsah...
Kini Habsah semakin hairan macammana penjaga parking itu dapat pula mengenali keretanya... sedangkan
disitu terdapat ramai orang2 terkenal serta beratus2 buah kereta mewah....
Dalam hati Habsah berkata..
"Ini pertama kali aku datang ke hotel ini... tetapi penjaga parking ini kenal aku dan keretaku.
mungkin kerana penampilan dan wajahku... Mungkin wajahku mirip dgn mana-mana orang terkenal di sini?"
Untuk memastikan dugaannya betul atau tidak.. Habsah memutuskan untuk bertanya kepada penjaga Parking itu.
"Bang.. macamana abang boleh mengenal saya dan kereta saya. Padahal ada ratusan tetamu
dan ratusan kereta yg di parking di sini ...?"
"Oh, itu senang saje.. Cik adik ni adalah satu-satunya tetamu yang bukan orang terkenal di parti ini!"
KAMBING
Pak Abdul ingin menjual seekor kambing yang sudah lama dipeliharanya.
Ini terpaksa dilakukannya kerana dia sangat memerlukan wang dan hanya kambing itu
sajalah yang dia ada...
Suatu hari Pak Abdul bertemu dengan seorang pembeli...
"Kenapa Pak Abdul ingin menjual kambing ini?" tanya pembeli
"Kerana aku sangat perlukan wang." Jawab Pak Abdul
"Boleh tak kalau harganya diturunkan sedikit?" Tanya Pembeli..
"Tidak boleh.. kerana saya tahu kambing ini adalah yang baik dan setia."
"Bagaimana Pak Abdul tahu yang kambing itu adalah kambing yg setia?"
"Iya.. sudah 5 kali aku menjualnya.. tetapi dia selalu kembali kpd aku."
UJIAN
Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan..
sedang berlangsung ujian berkaitan serangga..
Ujian kali ini susah susah... Mahasiswa mesti mampu menentukan
jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh
Pensyarah...
Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorangpun pun yang boleh menjawab
soalan ujian.
Seorang mahasiswa yang amat kecewa.. memutuskan untuk keluar
dewan Ujian... dia menghempas daun pintu dengan kuat... "Dummmm!!!!"
Melihat keadaan itu... pensyarah didalam dewan marah dengan berkata..
"Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye?! Siapa nama kau???!!!"
Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya
ke pintu sambil berkata...
"Nie kaki saya... encik... Cuba encik teka.. siapa nama saya?"
PELACUR
Suatu hari Pihak Majlis Agama Islam telah melakukan operasi dikawasan
pelacuran...
Petugas : "Engkau akan saya bawa ke Pejabat Majlis Agama Islam!"
Pelacur : "Tak kisah kemana pun.. janji bayarannya ok..!"
PEMBANTU RUMAH
Seorang tuan marah-marah pada pembantu rumahnya.
"Sudah aku katakan.. jangan engkau bagitahu puan pukul berapa aku
pulang malam tadi... kenapa kau cakap juga?"
"Maaf tuan.. saya langsung tidak cakap waktunya.." jawab pembantu rumahnya..
"Saya hanya cakap yang ketika tuan pulang.. saya sedang ambil air sembahyang subuh dan tak sempat tengok jam.."
HADIAH
Suatu hari ketika Mohamad baru pulang dari pelayarannya.. ia membawakan
hadiah untuk Normi.. kekasihnya..iaitu seekor burung kakaktua yang pandai bercakap.
Tak lama kemudian Mohamad kembali meneruskan pelayarannya...
Seminggu kemudian ia menghantar email kepada Normi untuk bertanyakan
keadaan Normi dan burung kakaktua hadiah pemberianya itu..
Normi membalas..
"Saya sihat macam biasa... dan burung kakaktua itu rasanya jauh lebih sedap dari ayam".
PERANGAI
Seorang WANITA TUA bertemu dengan pakar kaunseling..
"Tuan... saya sangat risau dengan sikap anak saya.
Sepanjang hari kerjanya hanya main bola...
kemudian balik dengan pakaian berlumpur dan dengan selambanya
berjalan diatas karpet dan duduk di Sofa..." cerita wanita tua tersebut..
"Saya rasa makcik tak perlu risau... sudah menjadi kebiasaan seorang anak
berperangai seperti itu," nasihat kaunselor.
"Saya tahu. Tapi bukan saya seorang saja yang risau. Isterinya juga bimbang!"
BAIK HATI
Seorang wanita tua menaiki sebuah bas untuk pulang kerumahnya..
Kerana bas itu sudah penuh.. wanita tua itu terpaksa berdiri..
tiba-tiba ada seorang pemuda bangun dan berkata...
"Silakan duduk makcik..."
"Oh, tidak perlu.. adik duduk la!" Kata wanita tua itu sambil tangannya menekan
bahu pemuda tadi supaya duduk semula..
Pemuda itu duduk semula... Tapi beberapa minit kemudian..
pemudu itu berdiri dan berkata lagi...
"Makcik duduk la..." kata pemuda dengan sopan...
"Tak payah susah-susah... Terima kasih saje. adik duduk sajalah!" Kata Wanita tua
itu sambil menolak bahu pemuda supaya kembali duduk.....
Selang beberapa minit kemudian.. pemuda itu berdiri dan berkata lagi...
"Tak pe la.. makcik duduk la..." kata pemuda masih bersopan santun..
Namun wanita tua itu tetap mengalah dan berkata..
"Adik tak payah risaukan makcik.. Adik duduk ajalah. lagipun makcik
dah nak turun sekejap lagi..!" jawab wanita tua itu sambil menekan bahu pemuda itu supaya kembali duduk..
Sambil melutut pemuda itu memandang wanita tua dan berkata...
"Tolong la Makcik.. saya ni mahu turun dari tadi tapi tak boleh!?
Sekarang rumah saya dah terlepas jauh!"
PEGAWAI
Seorang Pegawai di Syarikat A mengunjungi rakannya di rumah rakannya. Lalu dia berkata..
"Engkau kan pegawai aje.. tapi kerata ada 5 buah?"
Rakannya hanya tersenyum dan membawa Pegawai tari menghampiri jendela untuk menunjuk keluar.
"Engkau lihat itu... jambatan besar di sebelah sana?" tanyanya.
Pegawai tadi mengangguk.
"Nah, itu sepuluh Peratus" kata rakannya..
Pegawai tadi mengerti yang 10% dana pembangunan jambatan lari ke poket rakannya.
Minggu depan rakannya pula mengunjungi rumah pegawai tadi di rumahnya. dan juga berkata..
"Engkau juga pegawai seperti aku.. tapi lebih hebat ye... Rumah macam istana...
kereta 15 buah..." kata rakannya.
Pegawai membawa rakanya menghampiri jendela. Ia menunjuk keluar sambil berkata..
"Engkau lihat empangan di sebelah sana?"
Rakannya tercari-cari ke arah yang ditunjukkan, tapi tidak melihat adanya empangan...
"Mana, tak ada pun..." tanya rakannya..
Pegawai tadi menepuk dada sambil berkata..
"Nah, itu seratus peratus... "
PEMBEDAHAN
Seorang pesakit memeriksa penyakitnya di sebuah klinik.. lalu doktor berkata..
Doktor : "Anda harus dibedah!"
Pesakit : "Apakah pembedahan ini berbahaya, Doktor?"
Doktor : "Ya... hanya 1 dari 10 pesakit yang selamat dalam pembedahan seperti ini."
Pesakit : "Apa???!!!"
Doktor : "Anda jangan takut."
Pesakit : "Kenapa?"
Doktor : "Kerana... Saya sudah membedah 9 pesakit sebelum ini dan semuanya mati."
BAHASA INGGERIS
Seorang anak baru habis menuntut di luar negera diuji oleh ayahnya yang sebenarnya tidak tahu
berbahasa ingeris sedikitpun, untuk mengetahui sejauh mana kemampuannya anaknya berbahasa ingeris
Ayah : "Buku dalam BI.. apa?"
Anak : "De buk" (the Book)
Ayah : "Pena dalam BI..apa?"
Anak : "De pen" (The Pen)
Lalu ayahnya berfikir bahawa BI adalah senang.. setiap benda dalam BM bila diterjemah ke BI mesti ada
'De' dan perkataan berikutnya dipendekkan...
Lalu ayahnya menemui rakannya dikedai kopi..
Si Ayah : "Aku boleh berbahasa BI"
Rakan : "Ok.. cuba cakap dalam BI...'Kambing makan rumput'
Si Ayah : "De kam de mak de rum"
KALAU DAH MABUK
Seorang lelaki mabuk keluar dari bar. Kerana mabuknya ia tidak mampu untuk memandu keretanya.
Pemilik bar lalu memanggil teksi untuk menghantarkan lelaki itu pulang ke rumahnya.
Sepanjang perjalanan lelaki mabuk itu memberikan petunjuk dimana rumahnya berada.
Mereka berputarČ sekeliling kota, namun lelaki itu masih belum mampu menunjukkan
arah ke rumahnya yang sebenar...
Namun, tibaČ lelaki mabuk itu nampak seperti sedar..
Ketika mereka melewati sebuah kawasan perniagaan besar, lelaki itu tersenyum dan menunjuk,
"Ah, aku ingat! Itu adalah kedai pakaian dimana isteriku suka membeli baju."
Ketika mereka melewati sebuah pusat rekreasi.. ia berkata..
"Nah, itu adalah tempat aku dan isteriku biasa bersenam..."
Kemudian mereka tiba di sebuah kawasan perumahan elit. Lelaki itu menunjuk sambil
berkata.."Nah, inilah perumahan tempat aku dan keluargaku tinggal. Kita hampir sampai."
Tak lama kemudian mereka melewati sebuah rumah baru yang mewah dan besar..
Lelaki itu berteriak.. "Stop, itu adalah rumahku."
Ketika mereka mendekati rumah itu.. muncul sebuah kereta mewah memasuki halaman rumah itu.
Dari dalam kereta itu keluar seorang wanita cantik nan seksi. Lelaki itu berbisik..
"Lihat, itu adalah isteriku. Cantik bukan?"
Lalu dari dalam rumah itu keluar seorang lelaki tampan berbadan besar menyambut wanita
itu dengan mesra. Melihat hal itu, lelaki mabuk itu terus berkata dan menunjuk..
"Dan... itulah aku!"
MABUK
Seorang Polis menahan sebuah kereta yang didapati menmandu dalam keadaan mabuk.
Sedang menulis saman... polis tersebut ternampak banyak pisau di dalam kereta.
"Pisau itu untuk apa?" tanya Polis dengan curiga.
"Saya ahli sarkas.. dan pisau-pisau itu saya gunakan dalam pertunjukkan"
"Ok.. buktikan!" perintah polis tersebut.
Lalu pemandu itu mengeluarkan pisauČnya dan mula menunjukkan kebolehannya.
MulaČ hanya 3 pisau.. kemudian bertambah.. hingga akhirnya 7 pisau sekaligus di-lemparČkan,
keatas, kebawah, kebelakang, dan berbagai gaya ditampilkan, membuat Polis terpesona.
tiba-tiba sebuah kereta lain melalui jalan tersebut...
Pemandu kereta kedua tadi terlihat kejadian itu dan tercengang.. kemudian berkata,
"Takutnya.. Aku mesti berhenti minum! Lihat... sekarang hukumannya seperti itu!"
Posted at 12:00 pm by as_sniperz